Tentang SURE
Mengenai SURE
System of University and Related Events (SURE) dibangunkan sebagai platform arkib digital Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi memudahkan pengguna mengakses maklumat, dokumentasi dan rekod berkaitan acara serta aktiviti universiti.
Sistem ini menghimpunkan maklumat dan rekod berkaitan aktiviti universiti untuk tujuan rujukan, pemeliharaan rekod serta memudahkan capaian pengguna kepada maklumat yang berkaitan.
Bahagian Arkib
Bahagian Arkib bertanggungjawab mengumpul, mengurus, memelihara dan menyediakan akses kepada bahan serta rekod yang mempunyai nilai sejarah dan rujukan berkaitan Universiti Utara Malaysia.