HomeBahagian Arkib

Bahagian Arkib

Sejarah Penubuhan

Unit Arkib Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) merupakan Institusi Pengajian Tinggi yang terawal mengumpulkan bahan penerbitan pensyarah yang mempunyai nilai yang tinggi bagi sesebuah universiti.

Bermula dengan Koleksi Arkib yang berada di bawah Bahagian Koleksi dan Media Khas, tingkat lima bangunan lama PSB, idea untuk mencetuskan Unit Arkib secara berasingan wujud apabila menyedari bahan arkib ini semakin bertambah dan perlunya memastikan semua penerbitan dan maklumat mengenai UUM dikumpul dan dipelihara untuk rujukan pada masa akan datang.

Justeru pada 15 September 2009, Unit Arkib PSB telah diwujudkan untuk menjadi pusat pengumpulan dan penyimpanan bahan-bahan arkib universiti ini sejak penubuhannya pada tahun 1984, selain menjadi rujukan dan pusat pemeliharaan dinamik penerbitan dan maklumat universiti.

Koleksi Arkib

Kepelbagaian bahan Arkib PSB meliputi bahan-bahan yang dihasilkan oleh UUM termasuk staf, kolej, jabatan, unit, pusat dan lain-lain. Bahan tersebut merangkumi:

Aktiviti dan Perkhidmatan

Antara aktiviti di Unit Arkib ini termasuklah:

Perkembangan Bahagian Arkib

Bermula dengan hanya dua orang kakitangan iaitu Pustakawan (S41) dan Pembantu Perpustakaan Kanan (S22), unit ini telah menerima seorang lagi Pembantu Perpustakaan (S17) pada 1 Disember 2009. Seterusnya pada 1 April 2010, seramai empat orang lagi kakitangan baharu berstatus sambilan diterima bagi memantapkan lagi fungsi unit ini sebelum bilangan kakitangan menjadi tujuh orang pada 1 Februari 2012 dengan pertambahan seorang Pembantu Tadbir (P/O).

Pada bulan Mac 2012, Unit Muzium telah digabungkan dengan Unit Arkib PSB. Penjenamaan semula Unit Arkib dibuat bagi menggambarkan skop kerja unit ini kepada Unit Arkib dan Muzium, dengan jumlah kakitangan seramai tiga belas orang. Walau bagaimanapun, pada 13 Oktober 2013, Unit Arkib dan Muzium dipisahkan semula dan Unit Arkib telah ditukarkan kepada Bahagian Arkib PSB.

Keadaan Semasa

Kini unit ini bergerak dengan kekuatan enam orang kakitangan iaitu:

Objektif